Kekasih Baru Nora Danish


Wohoo! Ini ke lelaki yang didakwa sebagai kekasih baru Nora Danish oleh sesetengah pihak ye? Wah, Kaki Seni Malaya pun belum mendapat kepastian tentang gosip menarik ni lago, tapi kalau betul pun apa salahnya kan?

Nora Danish pun bukannya isteri orang. Jadi, tak payahlah nak minta-minta cerai kot-kot terasa nak berkahwin dengan abang muka manis ni. hehehe. Eloklah, kata orang tak elok jadi janda lama-lama. Lagipun, Nora Danish ni lawa orangnya. Kalau abang muka manis ni berhajat nak jadikan isteri pun apa salahnya.

Ada jugaklah tempat Nora dan anak nak bermanja kan? Haih, rugi betul bekas suami Nora Danish ni. Isteri lawa, diceraikan. Perempuan yang tiada apa-apa hubungan tu jugaklah dibawa ke hulu ke hilir. Siapa tuh? Jawab sendiri! ahahaha



Norman KRU Pengetua Akademi Fantasia ke 8



Akhirnya. Terjawab sudah persoalan di benak semua peminat Akademi Fantasia. Al-maklum, semua sibuk dok tertanya-tanya tentang siapa yang bakal menjadi pengetua untuk musim ke 8 kan? Jadi, Kaki Seni Malaya dapat tahu yang pemegang tanggungjawab tu ialah En. Norman KRU dan bukan En. Norman Hakim. hehehe.

Tahniah buat Norman KRU! Selamat menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak Astro ni dengan jayanya yek. Kalau boleh, jangan biarkan peminat naik bosan dengan "bakat yang tak berapa nak ada" dengan peserta-peserta Akademi Fantasia macam musim-musim lepas.

Malu nanti pihak Astro.

Selain itu, Kaki Seni Malaya mendapat tahu juga yang pengacara untuk musim ke 8 sudah pun ditukar ye? Bukan AC Mizal lagi. Pak Nil pun bukan. Oh, gandingan pengacara baru cukup sesuai juga. Siapa lagi kalau bukan Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley. Not too bad kan?

Sarimah, ramai yang sudah tahu dengan keupayaan dia bercakap non stop. hehehe. Bakat yang sangat semulajadi dan Kaki Seni Malaya cukup suka dengan bakat Sarimah tuh. Jimmy Shanley seperti ramai wanita-wanita di Malaysia tahu, dia seorang jejaka tampan.


Pemangkin tu namanya untuk penonton AF8.


Oh ya, guru tarian dengar kata cikgu Linda Jasmine dan guru drama pula Que Haidar. Tahniah lah sebab dapat bekerjasama pulak kali ni. Jangan lepas ni ada cakap-cakap belakang yang tenaga pengajar AF8 sakan berkasih sayang dalam studio pulak ye. hehehe.

Apa-apapun, selamat mencungkil bakat-bakat baru di dalam program Akademi Fantasia musim ke 8! Pastikan mereka semua dilihat daripada bakat dan bukannya daripada rupa semata-mata. Cheers!


Credit to: Manggaonline


Comelnya Bayi Arni Nazira!! Tahniah

Suka rasanya team Kaki Seni Malaya mendapat berita gembira ni. Dengarnya, Arni Nazira telah pun selamat melahirkan bayi barunya. Wah, bertambahlah anak Arni Nazira sekarang. Tahniah sekali lagi.

Ada sesuatu yang buat sejuk mata memandang adalah personaliti Arni Nazira. Alhamdulilah, kekal dengan imej bertudungnya. Bukan macam sesetengah artis kan? Balik umrah, pakai tudung. Lepas sebulan, tudung hilang entah ke mana. Masuk dalam saku agaknya :P

Ini saja koleksi gambar Arni Nazira bersama suami, dan anak-anak beliau. Tahniah sekali lagi daripada Kaki Seni Malaya. Selamat menjalani tempoh pantang dengan jayanya :)







Chef Wan Bakal Mendapat Gelaran Datuk. Tahniah!


Tahniah buat Chef Wan. Ada ura-ura yang mengatakan Chef Wan akan mendapat gelaran Datuk tak lama lagi. Hai, bertuahlah badan ye. Ini lah yang dikatakan rezeki. Akhirnya, ada jugaklah yang nak iktiraf tukang masak popular dan berbakat ni kan? Tahniah sekali lagi Chef Wan kalau betullah seperti yang pihak Kaki Seni Malaya dengar ye.

Chef Wan ni, kalau dapat gelaran Datuk memang munasabah lah kan. Iyelah, tengok saja sumbangan beliau pada negara Malaysia. Bukan macam sesetengah artis yang senang-senang aje ye dapat gelaran Datuk. Ops, terlebih sudah ;)

Ucapan khas buat Chef Wan daripada pihak Kaki Seni Malaya, tahniah sekali lagi kalau benar seperti apa yang digembar-gemburkan. Selamat menerima gelaran Datuk, selamat meneruskan perjuangan mengharumkan nama negara Malaysia dan selamat maju jaya!


Credit to: Murai.com

p/s: Dengar kata, ada sesetengah individu yang beli gelaran Datuk.

We Hate Abby Abadi Pulak di Facebook

Makin lama, makin rancak pulak rakyat Malaysia ni buat "special page" untuk artis ya. Kalau sebelum ni, kita dihidangkan dengan page I hate Fasha Sandha. Kali ini, ada mangsa baru pulak yang jadi sasaran.




Tengok nama pun korang kenal dah kan? Bagus. Abby Abadi beb, siapa tak kenal. Suatu masa dulu pernah tergempar cerita kebaboom dengan hal rumahtangga beliau. Hidup kan? Kalau dulu, Abby yang seolah di bawah.

Hari ini, Ibu kepada 3 anak comel ini dah tak main berkawan dengan lelaki bermisai dah. Abby dapat pucuk muda. Hebat kan? Cuma, berani buat, beranilah tanggung akibatnya sekarang. Maka, terciptalah page We hate Abby Abadi dengan jayanya di Facebook.

Nak join mengumpat, mengutuk boleh cari sendiri. Pihak Kaki Seni Malaya tidak mahu bersekongkol ya. hehehe



p/s: Orang Malaysia ni kreatif jugak kan?

Filem Adnan Sempit Mendapat Kutipan RM510,000 Pada Hari Pertama



Kalau benar seperti yang dikatakan, tahniah untuk syarikat penerbitan filem, MIG. Sekalung tahniah buat penerbit filem Adnan Sempit iaitu David Teo dan juga si pengarah, Ahmad Idham atas bau-bau kejayaan untuk filem ini. Lepas ni, boleh lah buat kenduri lagi ye David teo. hehehe

Lagi berita gembira, setelah 5 hari filem ini ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara, hasil kutipan yang diterima adalah sebanyak RM3 juta ok! Kayo David Teo. Ada masa depan cerah gamaknya ni. Tahniah.

Filem lakonan Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Cat Farish dan Norliana Samsudin ini berkisar tentang percintaan romantis penghantar surat dengan majikannya. Kalau ada masa, jangan lupa pergi wayang dan tonton filem

Sinopsis

Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.

Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa.Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan. Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat “reunion party”. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya. Adnan terkelu. Sejak peristiwa itu,pelbagai cerita yang berlaku antara mereka sehinggalah pada satu hari Nadia cedera akibat diserang sekumpulan remaja dan telah diselamatkan oleh Adnan. Nadia mula menyimpan perasaaan pada Adnan. Walaubagaimanapun Nadia tidak pernah mengabaikan kerjayanya sehinggalah Nadia telah mendapat tender kontrak besar dari Datuk Harun seorang usahawan yang berjaya dan telah bertemu dengan Jofri. Jofri adalah rakan Nadia ketika di kolej mempunyai agendanya tersendiri. Jofri menyimpan hasrat dendam pada Adnan untuk memiliki Nadia dan bersubahat dengan Zack bagi membantu rancangannya memisahkan Adnan dan Nadia selain ingin mendapat tender Datuk Harun.

Namun, Nadia dan Adnan semakin mesra, Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk. Nadia mengambil keputusan untuk memecat Adnan selain memaki dan menghina Adnan. Jofri mengambil kesempatan itu untuk menenang dan menceriakan Nadia dengan harapan Nadia jatuh ke tangannya. Namun,segalanya terbongkar apabila Adnan mengetahui Jofri dan Zack bersubahat merancang segalanya selepas Jofri mengupah Zack merompak bag laptop yang mengandungi pelbagai proposal dan dokumen penting untuk tender Datuk Harun. Nadia menyesal mengenali Jofri. Nadia cuba memandang Adnan tetapi Adnan tidak mengendahkannya dan berlalu pergi.


p/s: Jangan omong-omong kosong sudah lah yek