Slot Akasia - Tiramisu




Nampaknya Slot Akasia di TV3 semakin lama semakin hebat menyediakan drama-drama terbaik untuk tontonan semua. Terbaru ialah drama Tiramisu lakonan 2 pelakon popular Sharifah Amani dan Pierre Andre. Sempat juga team Kaki Seni Malaya menonton drama Tiramisu ni. Best! Apa lagi, layanlah drama Tiramisu ni ok setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6:30 petang. Selamat menonton!!


Sinopsis drama Tiramisu


Tiramisu mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.

Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?





Credit to: Blog.MohdIsa

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Skrin 2010

KATEGORI DRAMA

1. Drama Terbaik – Antara Garisan
2. Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Fauzi Nawawi – Sebelum Akhirat
3. Pelakon Wanita Terbaik Drama – Nor Khiriah – Antara Garisan
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Isma Yusoof – Antara Garisan
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Fadzillah Mansor – Sebelum Akhirat
6. Pengarah Terbaik Drama – Murali Abdullah – Sebelum Akhirat
7. Lakon TV Terbaik – Antara Garisan – Shahrul Ezad Mohameddin
8. Drama Rantaian Terbaik – Nur Kasih
9. Drama Komedi Terbaik – TV3 Simpang Tiga
10. Videografi Terbaik – Datang Bulan

KATEGORI FILEM

1. Filem Terbaik – Muallaf
2. Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Bront Palarae – Belukar
3. Pelakon Wanita Terbaik Filem – Sharifah Amani – Muallaf
4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Aaron Aziz – Evolusi KL Drift 2
5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Fazura – Pisau Cukur
6. Pengarah Terbaik Filem – Shamsul Yusof – Evolusi KL Drift 2
7. Lakon Layar Terbaik Filem – Shamsul Yusof – Evolusi KL Drift 2

KATEGORI PENERBITAN DALAMAN

1. Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik –
2. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Rancangan Bual Bicara Terbaik – Isu Khas GAZA Palestin Kami Bersamamu
3. Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular
4. Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu ke-24
5. Rancangan Realiti Terbaik – 8TV Showdown 2010 Episod 10
6. Laporan Khas/Berita Terbaik – Aduan Rakyat

ANUGERAH KHAS JURI- Shahiezy Sam

SENARAI PENCALONAN ANUGERAH SKRIN 2010

KATEGORI DRAMA – Telemovie

Cerekarama – Taubat Nasuha
Cerekarama – Bagaikan Sumayyah
Cerekarama – Sebelum Akhirat
Cerekarama – Miah Oh Miah
Cerekarama – Masyitah
Cerekarama – Dalil Cinta
Panggung Seri – Kaki
Panggung Seri – Menantu 3 Rasa
Citra – Dendam Seorang Isteri
Pangung Sabtu: Perempuan
Kepok & Nisan
Lillahi Ta’ala
60Km
Datang Bulan
Antara Garisan
Fatimah Juling
Selipar Jepun Suria

KATEGORI DRAMA – Drama Berantai

Nur Kasih
Adamaya
Nenek Kebaya
Tari Tirana
Jangan Pandang Belakang
Si Capik
Skuad Polis: Gerakan Marin
Ghost
Blogger Boy
Awan Dania Siri 2
Kau Dan Aku
Halimah Jongang The Series

KATEGORI DRAMA – Drama Komedi

Senario
Teres Kembar 4
Londeh
Fikirlah Sendiri Nabil (Musim 2)

KATEGORI FILEM CEREKA
(YANG DITAYANGKAN MULAI 1 JULAI 2009 – 30 JUN 2010)


Skrip 7707
Setem
Momok The Movie
Jin Notti
Papadom
Pisau Cukur
Senario The Movie – Ep 2 (Beach Boy)
My Spy
Santau
Pulau Asmara
Muallaf
Duhai Si Pari Pari
Adnan Sempit
2 Hati Satu Jiwa
Niyak Rampik
V3 Samseng Jalanan
Evolusi Kl Drift 2
Semerah Cinta Stilleto
Hooperz
Belukar
Andartu Terlampau Mencari Suami
Kecoh Betul
Lagenda Budak Setan
Kapoww
Zoo