Konsert P. Ramlee Di Mana Kan Ku cari Ganti




Tahniah buat semua artis-artis yang sama-sama terlibat dalam Konsert P. Ramlee Di Mana Kan Ku cari Ganti. Pihak Kaki Seni Malaya cukup kagum atas usaha pihak penganjur yang berjaya realisasikan Konsert ni. Hebat!

Sekurang-kurangnya, generasi muda tak lah lupa terus siapa Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ni dengan adanya Konsert memperingati beliau macam ni. Pihak Kaki Seni Malaya mencadangkan supaya Konsert macam ni diakan tiap tahun. Tahniah sekali lagi!



Credit to: murai.com

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23)

Keputusan Penuh Festival Filem Malaysia ke 23. Tahniah buat para pemenang!!!!



POSTER TERBAIK

Pemenang: Preston Zaidan Productions (Belukar)

Calon: Naga VXS (Estet), KRU Studios (Magika), Red Films (Pisau Cukur), MIG Production (V3 Samseng Jalanan)

PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK

Pemenang: Dee Hasnan (Magika)

Calon: Rosada Abd Hamid (Haq), Dee Hasnan (Jin Notti), Nasirah Ramlan (My Spy), Inazs (Santau)

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK

Pemenang: Fimie Don (Magika)

Calon: Amirul Adli Bin Mohamed Norin (Haq), Ammar Adli Bin Mohamed Norin (Haq), Echa (Santau)

PELAKON HARAPAN WANITA

Pemenang: Daphne Iking (Belukar)

Calon: Adrea Abdullah (2 Alam), Asyikin Kamal (Lagenda Budak Setan), Putri Mardiana (Santau), Shasha Arsheela (Pulau Asmara)

PELAKON HARAPAN LELAKI

Pemenang: Shashi Tharan (Estet)

Calon: Kamal Adli (Niyang Rapik), Redza Minhat (Pisau Cukur), Remy Ishak (Evolusi KL Drift 2), Sheikh Bolkhiah (Pulau Asmara)

LAGU TEMA ASAL TERBAIK

Pemenang: Penyembuh Rindu (Edry - Magika)

Calon: Syurga Seketika (Cat Farish - Niyang Rapik), Menggegar Dunia (Edry - My Spy)

PENATAAN BUNYI TERBAIK

Pemenang: Brian Ng (V3 Samseng Jalanan)

Calon: Brian Ng (Santau), Brian Ng (Adnan Semp-It), James Baum (Evolusi KL Drift 2), Edry, Mohd Mohsin & Amaludin Syukri (Magika)

PENATAAN SENI TERBAIK

Pemenang: Johan Lucas & Anuar Paharudin (Magika)

Calon: Irwan Mazwan & Johan Lucas (Jin Notti), Irwan Idris (Lagenda Budak Setan), Dewa (Estet), Jimmy (Evolusi KL Drift 2)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Pemenang: Yana Shamsudin (Adnan Semp-It)

Calon: Lisa Surihani (V3 Samseng Jalanan), Fazura (Lagenda Budak Setan), Raja Farah (Haq), Ziana Zain (Magika)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

Pemenang: Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)

Calon: Bront Palarae (V3 Samseng Jalanan), K.S Maniam (Estet), Que Haidar (Lagenda Budak Setan), Zul Handyblack (Santau)

PENGARAH HARAPAN

Pemenang: Edry (Magika)

Calon: Farid Kamil (V3 Samseng Jalanan), Jason Chong (Belukar), C.L Hor (Haq), Rosihan Zain (Hooperz)

FILEM KOMEDI TERBAIK

Pemenang: KRU Studios (My Spy)

Calon: MIG Production (Adnan Semp-It), Tayangan Unggul (Kapoww!!), KRU Studios (Magika), Red Films (Pisau Cukur)

Anugerah Lakon Layar Terbaik
Pemenang: Jumaatun Azmi – Filem Haq

Anugerah Cerita Asal Terbaik
Pemenang: Ahadiat Akashah – Lagenda Budak Setan

Anugerah Sinematografi Terbaik
Pemenang: Raja Mukhriz – Filem Niyang Rapik

Anugerah Penyunting Terbaik
Pemenang: Hisyam Jupri & Syamsul Yusof dari Evolusi KL Drift 2

Anugerah Skor Muzikal Asal Terbaik
Pemenang: Edry Abdul Halim – Magika

Anugerah Filem Animasi Terbaik
Pemenang: Buas

Anugerah Dokumentari Terbaik : Suatu Ketika Laskar Senoi – Astro Entertaiment

Anugerah Filem Pendek Terbaik
Pemenang: Project

Anugerah Pelakon Veteren Lelaki FFM23: Seniman Tamam Idris

Filem Boxoffice FFM23 : Filem Adnan Sempit

Anugerah Pelakon Veteren Wanita FMM23 : Seniwati Datuk Sarimah Ahmad.

Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir FFM23 : Johari Ibrahim.

Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
Pemenang: Bront Palarae – Filem Belukar

Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
Pemenang: Lisa Surihani – Lagenda Budak Setan

Anugerah Pengarah Filem Terbaik
Pemenang: Shamsul Yusof dari Scop Productions membawa pulang sebuah trofi & hadiah RM20ribu

Anugerah Filem Terbaik FFM23
Pemenang: Filem Magica membawa pulang sebuah trofi & RM50ribu

Credit to: Muzaffar Salleh dan Budiey

Lirik Lagu Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet)




Kalau Berpacaran – Sohaimi Mior Hassan, Ana Raffali & Altimet

Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x


p/s: Semakin hebat pemuzik-pemuzik Malaysia sekarang! Lagu Kalau Berpacaran ini, nampaknya ada sentuhan yang agak unik pada melodi dan penyampaiannya. Tahniah untuk penulis lirik, pengubah lagu dan penyanyi lagu Kalau Berpacaran ni!!!!

Tahniah, Rita Rudaini Hamil Anak Kedua!

EPISOD duka pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, masih belum berkesudahan. Malah, lebih teruk pertelingkahannya dengan keluarga mentua semakin tegang. Mangsanya adalah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta bersama pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, 23.

Ketika ini, Rita cukup tertekan apatah lagi dirinya sedang hamil anak kedua. Rita disahkan hamil dua bulan, baru-baru ini. Ikuti luahan hati Rita kepada B*POP.

“Apa yang ditekankan sebenarnya bukan kes pergolakan rumah tangga saya. Antara saya dan Aidil tiada masalah besar, kalau ada sekalipun ia dapat diselesaikan dengan baik. Masalah timbul apabila saya difitnah. Individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah memberitahu menerima maklumat daripada keluarga mentua.

Artikel penuh di Beriha Harian



Patutlah Rita Rudaini ni berangin semacam kan sejak-sejak akhir ni. Pembawakan budak agaknya. Apa-apapun, tahniah buat Rita Rudaini dan Aidil. Bawa-bawalah berbincang masalah yang ada tu. Ingat muka anak kalau nak buat keputusan apa-apa. Tahniah sekali lagi!!!



Program Mari Menari




Program Mari Menari merupakan program hiburan terbaru daripada Astro. Mesti ramai yang sudah sedia maklum kan tentang Program Mari Menari kan? Kalau dulu, kita dihidangkan dengan tarian selebriti dalam Sehati Berdansa. Ok, kali ni dalam Program Mari Menari, pihak Astro dah tukar format. No more selebriti. Itu yang best!!!

Program Mari Menari ni akan melibatkan 12 pasangan bukan selebriti yang pastinya. Mereka akan beradu nasib setiap minggu dan berusaha untuk mengelakkan penyingkiran. Program Mari Menari ni akan dihoskan oleh 2 orang selebriti yang tidak asing lagi iaitu Awal Ashaari dan Lisa Surihani. Hebat kan????

Apa yang lebih menarik lagi, Program Mari Menari ni turut melibatkan 4 orang penasihat daripada kalangan selebriti juga iaitu Lisdawati, Zulhuzaimy, Erra Fazira dan Ferhad. Kita tengok sama-sama nanti mampukah mereka ni membantu peserta-peserta Program Mari Menari ok!!!

So, jangan lupa malam ni (16 Oktober 2010). Saksikan episod pengenalan Program Mari Menari!!!! Tepat jam 9 malam di Astro Ria.


For more info: Mari Menari

Pelakon Yalal Chin meninggal dunia

Takziah kepada keluarga Pelakon Allahyarham Yalal Chin yang telah menghembuskan nafas terakhirnya hari ini. Mudah-mudahan rohnya dicururi rahmat oleh Allah swt. Al-fatihah.


PETALING JAYA: Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu.

Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu lalu. Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Melaka, awal pagi ini, untuk disemadikan di kampung halamannya.Sepanjang penglibatan arwah dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip.

Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam.


Credit to: mStar Online