EPISOD duka pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, masih belum berkesudahan. Malah, lebih teruk pertelingkahannya dengan keluarga mentua semakin tegang. Mangsanya adalah rumah tangga yang dibina atas dasar cinta bersama pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, 23.

Ketika ini, Rita cukup tertekan apatah lagi dirinya sedang hamil anak kedua. Rita disahkan hamil dua bulan, baru-baru ini. Ikuti luahan hati Rita kepada B*POP.

“Apa yang ditekankan sebenarnya bukan kes pergolakan rumah tangga saya. Antara saya dan Aidil tiada masalah besar, kalau ada sekalipun ia dapat diselesaikan dengan baik. Masalah timbul apabila saya difitnah. Individu yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah memberitahu menerima maklumat daripada keluarga mentua.

Artikel penuh di Beriha Harian



Patutlah Rita Rudaini ni berangin semacam kan sejak-sejak akhir ni. Pembawakan budak agaknya. Apa-apapun, tahniah buat Rita Rudaini dan Aidil. Bawa-bawalah berbincang masalah yang ada tu. Ingat muka anak kalau nak buat keputusan apa-apa. Tahniah sekali lagi!!!