Program Mari Menari merupakan program hiburan terbaru daripada Astro. Mesti ramai yang sudah sedia maklum kan tentang Program Mari Menari kan? Kalau dulu, kita dihidangkan dengan tarian selebriti dalam Sehati Berdansa. Ok, kali ni dalam Program Mari Menari, pihak Astro dah tukar format. No more selebriti. Itu yang best!!!

Program Mari Menari ni akan melibatkan 12 pasangan bukan selebriti yang pastinya. Mereka akan beradu nasib setiap minggu dan berusaha untuk mengelakkan penyingkiran. Program Mari Menari ni akan dihoskan oleh 2 orang selebriti yang tidak asing lagi iaitu Awal Ashaari dan Lisa Surihani. Hebat kan????

Apa yang lebih menarik lagi, Program Mari Menari ni turut melibatkan 4 orang penasihat daripada kalangan selebriti juga iaitu Lisdawati, Zulhuzaimy, Erra Fazira dan Ferhad. Kita tengok sama-sama nanti mampukah mereka ni membantu peserta-peserta Program Mari Menari ok!!!

So, jangan lupa malam ni (16 Oktober 2010). Saksikan episod pengenalan Program Mari Menari!!!! Tepat jam 9 malam di Astro Ria.


For more info: Mari Menari