Makin lama, makin rancak pulak rakyat Malaysia ni buat "special page" untuk artis ya. Kalau sebelum ni, kita dihidangkan dengan page I hate Fasha Sandha. Kali ini, ada mangsa baru pulak yang jadi sasaran.




Tengok nama pun korang kenal dah kan? Bagus. Abby Abadi beb, siapa tak kenal. Suatu masa dulu pernah tergempar cerita kebaboom dengan hal rumahtangga beliau. Hidup kan? Kalau dulu, Abby yang seolah di bawah.

Hari ini, Ibu kepada 3 anak comel ini dah tak main berkawan dengan lelaki bermisai dah. Abby dapat pucuk muda. Hebat kan? Cuma, berani buat, beranilah tanggung akibatnya sekarang. Maka, terciptalah page We hate Abby Abadi dengan jayanya di Facebook.

Nak join mengumpat, mengutuk boleh cari sendiri. Pihak Kaki Seni Malaya tidak mahu bersekongkol ya. hehehe



p/s: Orang Malaysia ni kreatif jugak kan?